Posts

Showing posts from May, 2017

San

Hari ketiga. Ohemji, banyak betul godaan, tapi aku agak berjaya sebab takdelah rasa lapar sangat atau masuk angin gila2 ke apa. Hari ni macam chill je, mungkin badan aku dah mula nak biasakan diri terseksa macam ni mwahaha. Manakan tidak, kuih favorite aku sume tak boleh makan, rindu bukan kepalang kat nona manis, putu piring, nak makan croissant lah, burger lah, cake lah, sushi lah astaghfirullahal'azim. Nafsu, ini semua nafsu! So hari ni aku makan ayam goreng untuk breakfast, ayam goreng + kuah dal sayur untuk lunch, kacang badam untuk snek dan malam minum la susu lowfat. Pastu eksaited sangat nak timbang, poof...berat aku tak berubah langsung dari 3 hari lepas. Sedih tapi takmau daku berputus asa. Kita akan tengok hujung minggu nanti.

Ni

I almost died! Lolz. Seksa betul diet ni. Part makan tu ok je sebenarnya tapi part yang badan masuk angin tu yang tak tahannn. Sampai rasa blocked dekat tekak tapi sendawa tak nak keluar. Can you imagine?! Breakfast tadi makan sebiji telur rebus dengan setengah bungkus kacang Malaysia Airlines. Lunch makan 4 ketul ikan sambal, 4 ketul tauhu goreng, sayur pucuk ubi masak apa taktau, dan juga beberapa hiris timun. Snek petang tadi dalam pukul 4, habiskan kacang setengah bungkus tadi dan minum Lemon+Ginger tea without sugar. But the best part is sekarang pukul 6.16 petang tapi aku masih rasa kenyang. Taktau lah kenyang kembung angin ke atau memang badan aku adapt dengan powernya. Ok so itu update hari kedua aku. Hopefully dapat tahan sampai malam ni, esok dan seterusnya sampai 10 haribulan. Ganbatte to myself!

Ichi

Ohohoiii... Hari ni start balik kurangkan makan. (dah berapa puluh kali start balik ni aduhai). Plan ialah takmau makan karbohidrat, takmau makan gula (air manis, dessert, kuih dan sebagainya) dan jugak takmau makan buah (sebab buah ada simple sugar). So, plan diet aku ni nak testing untuk lebih kurang 2 minggu saja. Because it is intense as hell. Gila tak makan karbohidrat dan buah? So it is not a very good diet that could be done in a prolonged time.  So far belum rasa terseksa lagi, mungkin sebab baru tengah hari. I am expecting weekdays at work would be much easier sebab tidak ada anasir-anasir rumah yang suka tengok aku makan dan ajak aku makan. Cuma yang tak berapa bestnye, ada jugaklah dah 'cheat' sikit iaitu makan sesudu nasi goreng (sebab kakak ugut kalau tak makan langsung nasi tu dia pun taknak makan) dan juga dah minum setengah sedut jus nenas yang mama beli tadi (ni seriously sebab tak nak menyesal, Dulu pernah tak nak makan aiskrim time baba nak b...